KERABU TERUNG
TERUNG atau menurut bahasa saintifiknya "Solanum melongena" kaya dengan pelbagai vitamin, garam galian dan kandungan zat makanan lain seperti Karotena (90 mcg), Vitamin A (15 mcg), Vitamin B1 (0.07 mg), Vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.7 mg) dan Vitamin C (18.4 mg).
Bahan galiannya pula terdiri dari Kalium (55 mg), Fosforus (20 mg), Kalsium (15 mg), Natrium (9 mg) dan Ferum (0.6 mg). Manakala khasiat makanan lain pula seperti Karbohidrat (5.6 g), Protein (1.7 g), Serat (1.0 g), Abu (0.4 g), Air (91.2 g) dan Tenaga (30 kcal).
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988)
Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)
Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan