SAJIAN JUADAH: Foto Tentang Makanan . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmijuadah.blogspot.my

Selasa, 8 Julai 2014

Murtabak


MURTABAK

MURTABAK adalah sejenis kuih moden yang turut digemari di kalangan masyarakat Melayu kerana rasanya yang enak menurut resipi pembuatnya. Murtabak terdiri beberapa jenis menurut kegemaran ramai dan paling popular adalah murtabak daging dan ayam.

Murtabak boleh dijual di pelbagai tempat seperti di gerai-gerai penjaja tepi jalan, dalam pasar-pasar utama mahupun turut dijual dalam restoran dan warung-warung makanan.

Menurut Kandungan Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), kuih ini mengandungi Vitamin A (66 mcg), Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.07 mg), Niasin (2.4 mg) dan Vitamin C (0.6 mg).

Kandungan garam galiannya pula terdiri dari Natrium (350 mg), Fosforus (258 mg), Kalium (125 mg), Kalsium (16 mg) dan Ferum (0.9 mg).  Sementara khasiat lain pula terdiri dari Protein (8.1 g), Karbohidrat (17.1 g), Lemak (6.3 g), Serat (1.2 g), Abu (1.5 g), Air (65.8 g) dan Tenaga (158 kcal).


Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tepung Pelita

TEPUNG PELITA




Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH