SAJIAN JUADAH: Foto Tentang Makanan . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmijuadah.blogspot.my

Khamis, 2 Julai 2015

Karipap Tiga Segi


KARIPAP TIGA SEGI

KARIPAP adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang masih popular sejak tahun-tahun 1950-an sehingga hari ini. Kalau kita tinjau di warung-warung, kelihatan karipap tersusun kemas dalam bekas yang disediakan di atas meja makan di samping boleh dibeli di pasar-pasar utama.

Menurut Kandungan Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), kuih ini juga dengan kaya dengan khasiat dalam makanan seperti vitamin, garam galian dan khasiat yang lain seperti Vitamin A (49 mcg), Vitamin B1 (0.11 mg), Vitamin B2 (0.08), Niasin (0.8 mg) dan Vitamin C (0.6 mg).

Sementara, garam galian pula terdiri dari Natrium (170 mg), Kalium (164 mg), Fosforus (61 mg), Kalsium (24 mg) dan Ferum (1.3 mg). Manakala khasiat makanan lain seperti Protein (4.7 g), Karbohidrat (43.2 g), Serat (.2 g), Lemak (14.1 g), Abu (1.6 g), Air (36.2 g) dan Tenaga (319 kcal).

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMARULBAHRIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan