SAJIAN JUADAH: Foto Tentang Makanan . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmijuadah.blogspot.my

Jumaat, 11 September 2015

Tepung Bungkus


TEPUNG BUNGKUS

TEPUNG BUNGKUS adalah sejenis kuih tradisional yang begitu popular di negeri Kelantan sejak tahun-tahun 1960-an dulu sehingga hari ini. Cuma, jika dilihat kepada kuih itu pada dewasa ini mungkin berbeza dari segi resipinya. Namun, percayalah kuih ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin, garam galian dan karbohidrat.

Menurut Kandungan Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR, 1988), kuih tepung bungkus mengandungi Vitamin A (9 mcg), Vitamin B1 (0.08 mg), Vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.4 mg) dan Vitamin C (10.0 mg).

Sementara itu, kandungan garam galiannya pula terdiri dari Natrium (160 mg), Kalium (26 mg), Fosforus (22 mg), Kalsium (10 mg) dan Ferum (0.5 mg). Manakala khasiat lain seperti Protein (1.7 g), Karbohidrat (62.7 g), Serat (0.2 g), Abu (0.6 g), Lemak (2.5 g), Air (32.2 g) dan Tenaga (280 kcal).  


Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan