SAJIAN JUADAH: Foto Tentang Makanan . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmijuadah.blogspot.my

Sabtu, 21 September 2013

Puding


PUDING

PUDING JAGUNG lazim sebagai salah satu kuih-muih tradisional yang begitu popular bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh Semenanjung. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), puding jagung mengandungi kadar vitamin, bahan-bahan galian dan khasiat makanan lain untuk kesihatan.

Puding jagung mengandungi Retinol (40 mcg), Karotena (51 mcg), Vitamin A (49 mcg), Vitamin B1 (0.01 mg), Vitamin B2 (0.02 mg) dan Niasin (0.3 mg). Bahan-bahan galiannya terdiri dari Kalium (76 mg), Fosforus (16 mg), Natrium (7 mg), Kalsium (6 mg) dan Ferum (1.1 mg). Manakala kandungan khaziat makanan lainnya terdiri dari Karbohidrat (22.1 g), Protein (1.5 g), Serat (0.2 g), Lemak (0.6 g), Abu (0.3 g), Air (75.3 g) dan Tenaga (100 kcal).

Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg) Gram (g), Kilokalori (kcal)

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan