SAJIAN JUADAH: Foto Tentang Makanan . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmijuadah.blogspot.my

Jumaat, 11 September 2015

Tepung Bungkus


TEPUNG BUNGKUS

TEPUNG BUNGKUS adalah sejenis kuih tradisional yang begitu popular di negeri Kelantan sejak tahun-tahun 1960-an dulu sehingga hari ini. Cuma, jika dilihat kepada kuih itu pada dewasa ini mungkin berbeza dari segi resipinya. Namun, percayalah kuih ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin, garam galian dan karbohidrat.

Menurut Kandungan Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR, 1988), kuih tepung bungkus mengandungi Vitamin A (9 mcg), Vitamin B1 (0.08 mg), Vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.4 mg) dan Vitamin C (10.0 mg).

Sementara itu, kandungan garam galiannya pula terdiri dari Natrium (160 mg), Kalium (26 mg), Fosforus (22 mg), Kalsium (10 mg) dan Ferum (0.5 mg). Manakala khasiat lain seperti Protein (1.7 g), Karbohidrat (62.7 g), Serat (0.2 g), Abu (0.6 g), Lemak (2.5 g), Air (32.2 g) dan Tenaga (280 kcal).  


Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 3 Julai 2015

Ayam Percik

AYAM PERCIK


Editor/Wartawan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Khamis, 2 Julai 2015

Karipap Tiga Segi


KARIPAP TIGA SEGI

KARIPAP adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang masih popular sejak tahun-tahun 1950-an sehingga hari ini. Kalau kita tinjau di warung-warung, kelihatan karipap tersusun kemas dalam bekas yang disediakan di atas meja makan di samping boleh dibeli di pasar-pasar utama.

Menurut Kandungan Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), kuih ini juga dengan kaya dengan khasiat dalam makanan seperti vitamin, garam galian dan khasiat yang lain seperti Vitamin A (49 mcg), Vitamin B1 (0.11 mg), Vitamin B2 (0.08), Niasin (0.8 mg) dan Vitamin C (0.6 mg).

Sementara, garam galian pula terdiri dari Natrium (170 mg), Kalium (164 mg), Fosforus (61 mg), Kalsium (24 mg) dan Ferum (1.3 mg). Manakala khasiat makanan lain seperti Protein (4.7 g), Karbohidrat (43.2 g), Serat (.2 g), Lemak (14.1 g), Abu (1.6 g), Air (36.2 g) dan Tenaga (319 kcal).

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMARULBAHRIN

Nasi Beriani Ayam

NASI BERIANI AYAM


Editor/Wartawan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Selasa, 8 Julai 2014

Murtabak


MURTABAK

MURTABAK adalah sejenis kuih moden yang turut digemari di kalangan masyarakat Melayu kerana rasanya yang enak menurut resipi pembuatnya. Murtabak terdiri beberapa jenis menurut kegemaran ramai dan paling popular adalah murtabak daging dan ayam.

Murtabak boleh dijual di pelbagai tempat seperti di gerai-gerai penjaja tepi jalan, dalam pasar-pasar utama mahupun turut dijual dalam restoran dan warung-warung makanan.

Menurut Kandungan Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), kuih ini mengandungi Vitamin A (66 mcg), Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.07 mg), Niasin (2.4 mg) dan Vitamin C (0.6 mg).

Kandungan garam galiannya pula terdiri dari Natrium (350 mg), Fosforus (258 mg), Kalium (125 mg), Kalsium (16 mg) dan Ferum (0.9 mg).  Sementara khasiat lain pula terdiri dari Protein (8.1 g), Karbohidrat (17.1 g), Lemak (6.3 g), Serat (1.2 g), Abu (1.5 g), Air (65.8 g) dan Tenaga (158 kcal).


Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tepung Pelita

TEPUNG PELITA




Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 10 November 2013

Kerabu Terung

KERABU TERUNG


TERUNG atau menurut bahasa saintifiknya "Solanum melongena" kaya dengan pelbagai vitamin, garam galian dan kandungan zat makanan lain seperti Karotena (90 mcg), Vitamin A (15 mcg), Vitamin B1 (0.07 mg), Vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.7 mg) dan Vitamin C (18.4 mg).

Bahan galiannya pula terdiri dari Kalium (55 mg), Fosforus (20 mg), Kalsium (15 mg), Natrium (9 mg) dan Ferum (0.6 mg). Manakala khasiat makanan lain pula seperti Karbohidrat (5.6 g), Protein (1.7 g), Serat (1.0 g), Abu (0.4 g), Air (91.2 g) dan Tenaga (30 kcal).
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988)

Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 25 Oktober 2013

Sabtu, 28 September 2013

Ahad, 22 September 2013

Cara Berlauk

CARA BERLAUK


Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Nasi Goreng

NASI GORENG


NASI GORENG kaya dengan pelbagai jenis vitamin, bahan galian dan kandungan zat makanan yang lain. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), nasi goreng mengandungi Retinol (245 mcg), Vitamin A (245 mcg), Vitamin B1 (0.05 mg), Vitamin B2 (0.03 mg) dan Niasin (1.7 mg).

Manakala bahan-bahan galiannya pula terdiri dari Natrium (444 mg), Kalium (143 mg), Fosforus (52 mg), Kalsium (22 mg) dan Ferum (7.6 mg). Sementara kandungan zat makanan yang lain seperti Karbohidrat (26.3 g), Protein (4.9 g), Serat (0.1 g), Lemak (7.6 g), Abu (1.2 g), Air (59.9 g) dan Tenaga (193 kcal).

Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 21 September 2013

Nasi Beriani

NASI BERIANI


NASI BERIANI hanya kaya dengan bahan-bahan galian tetapi amat kurang kadar vitamin. Menurut Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988), di antara kadar vitamin dalam nasi beriani hanyalah Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.07 mg) dan Niasin (0.1 mg).

Manakala bahan-bahan galiannya terdiri dari Natrium (267 mg), Fosforus (27 mg), Kalium (18 mg), Kalsium (8 mg) dan Ferum (1.9 mg). Sementara kandungan zat yang lain seperti Karbohidrat (29.4 g), Protein (3.9 g), Serat (0.1 g), Lemak (5.5 g), Abu (1.0 g), Air (60.1 g) dan Tenaga (183 g).

Petunjuk:
Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal) 

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Laksa Kelantan

LAKSA KELANTAN


Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sate


SATE

SATE termasuk dalam lima kategori. Antaranya ialah sate ayam, sate daging lembu, sate perut lembu, sate kambing dan sate ikan. Sate termasuk dalam pemakanan yang digemari ramai yang telah dibuat kajian tentang kandungan khasiat dan kandungan zatnya.

Sate Ayam: Kadar khasiatnya ialah kadar Retinol (84 mcg), Vitamin A (84 mcg), Vitamin B1 (0.03 mg), Vitamin B2 (0.12 mg) dan Niasin (6.7 mg). Bahan-bahan galiannya terdiri dari Fosforus (335 mg), Kalium (221 mg), Natrium (135 mg), Kalsium (29 mg) dan Ferum (2.9 mg). Manakala kandungan zat lain seperti Karbohidrat (12.7 g), Protein (18.9 g), Serat (1.9 g), Lemak (12.9 g), Abu (1.1 g), Air (52.5 g) dan Tenaga (243 kcal)

Sate Daging Lembu: Kadar khasiat dalam sate jenis ini seperti Retinol (72 mcg), Vitamin A (72 mcg), Vitamin B1 (0.13 mg), Vitamin B2 (0.22 mg) dan Niasin (5.3 mg). Bahan-bahan galiannya pula terdiri dari Fosforus (462 mg), Kalium (202 mg), Natrium (92 mg), Kalsium (17 mg) dan Ferum (3.9 mg). Manakala kandungan zat lain seperti Karbohidrat (22.1 g), Protein (20.4 g), Serat (0.3 g), Lemak (7.8 g), Abu (2.7 g), Air (46.7 g) dan Tenaga (240 kcal).

Sate Ikan: Kadar khasiat dalam sate ikan ialah Retinol (42 mcg), Vitamin A (42 mcg), Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.10 mg), Niasin (2.0 mg) dan Vitamin C (1.2 mg). Bahan-bahan galiannya terdiri dari Natrium (841 mg), Kalium (358 mg), Fosforus (175 mg), Kalsium (81 mg) dan Ferum (4.1 mg). Sementara kandungan zat makanan lain terdiri dari Karbohidrat (53.7 g), Protein (13.9 g), Serat (0.8 g), Lemak (12.2 g), Abu (4.2 g), Air (15.2 g) dan Tenaga (380 kcal).
(Sumber: Komposisi Zat Makanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR, 1988)


Petunjuk:
Mikrogram (mcg), Miligram (mg), Gram (g), Kilokalori (kcal)

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH